Wednesday, June 4, 2008

AKU ANAK MALAYSIA


Aku anak Malaysia
Di sini tempat tumpah darahku
Malaysia adalah bumi tercinta

Aku anak Malaysia
Maruahku akan kujaga
Malaysia aman dan damai

Aku anak Malaysia
Hidup berbilang bangsa
Saling menolong dan membantu

Malaysia oh Malaysiaku
Agar terus aman dan maju
Aku setia berbakti kepadamu

GEMILANG



Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelibungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu






Lautan luas telahku ranangi
Segala onak ranjanu yang berduri
Tak kenal dan takku peduli
Keterus mencuba kecapi hingga kini

Bersama-sama tempuhi keperitan
Walaupun jalanan masih jauh
Hanya aku saja yang tahu

Saat gemilang yang kunantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Kupercaya saatkan tiba jua
Hanya menunggu tika dan masa

Sekian lama tempuhi keperitan
Saat gemilang akan tiba jua
Akan dapat dikecapai bersama

Sungguh akan berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar.

BUDI BAHASA BUDAYA KITA


Berbuat baik berpadu-padu
Jadikan pegangan setiap masa,
Budi bahasa budaya kita
Jadikan amalan setiap manusia

Menanam pegaga di tepi kedai
Pegaga dipetik bersama Hasni
Negara aman masyarakat harmoni
Itulah tanda kebahagia sejati

Mari bersama kita raikan,
Setelah berusia memperoleh kejayaan
Memberi salam harus diamalkan
Supaya tidak ketinggalan zaman

Pergi memburu memakai topi
Topi diletak di dalam kereta
Bersopan- santun serta berbudi
Budi bahasa budaya kita

BENDANG DATUKKU

Dibawah pokok kekabu,
Di tengah bendang datukku,
Adik-adikku setia menunggu,
Oh ikan, datanglah kepadaku,
Makanlah umpan yang kusedikan untukmu,
Umpanku sedang menunggu,
Masa terus berlalu,
Ikan, mengapa kau terus mmbisu?

Ku perhati di sekelilingku,
Rupa-rupa air bendang dah kering,
Patutlah ikan tidak berpaling.

Angin bertiup sepoi bahasa,
Barung bangau tinggal seekor dua,
Yang lain dah perdi mengembara,
Ke bendang lain yang banyak ikanya.

Adik-adikku dah mulia berputus asa,
Tiada seekor ikan pun yang mengena,
Kom kita berkemas segera,
Kita pulang dengan rasa hampa,
Kerana tiada ikan yang dibawa bersama,
Selamat tinggal ikan,
Tunggulah kepulangan kami bersama,
Bil bendang datukku berair semula.

SEGENGGAM TABAH

Bertali arus degaan tiba
Menakung sebak air mata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Biar keruh air di hulu
Mungkinkah jernih air di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya akhirnya.

MENGHADAPI DUGAAN

Harum baunya bunga cempaka,
Kembang sekuntum di hujung dahan,
Berbuat baik sesama manusia,
Apa yang buruk segera tinggalkan.

Merah warnanya bunga raya,
Dipilih menjadi buna kebangsaan ,
Bantu-membantu amalan mulia,
Kerja yang berat menjadi ringan,

Bunga orked banyak ditanam
Sudah terkenal di seluruh dunia,
Jika hidup anam tenteram,
Barulah bahagia akan menjelma.

PERPISAHAN YANG PASTI

Teman.
Tika dahulu angkaulah penyeri
Kehadiranmu bagaikan cahaya
Yang menyinari kehidupanku
Tika kuhampir kegelapan

Tapi kini mungkin tiada lagi
Suara senda guraumu tidak lagi kedengaran
Kerana kita disuakan hanya untuk seketika
Perpisahan yang membawa kerinduan dalam kehidupanku

Senyuman tawanmu menjadi ingatanku selalu
Meskipun kita disuakan hanya seketika
Namun segala kenangan amat bererti bagi diriku
Akan ku abadikannya dalam diari kehidupanku

Teman....
Masa berlalu dengan pantas sekali
Tanpa kita sedari
Sesuatu yang tidak pernah kita undang telah pun tiba
Hari yang penuh dengan kenangan

Walau apapun yang terjadi
Hanya satu yang kupinta
Abadikanlah diriku dalam kolam ingatanmu
Selamanya